Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3)
Laman Utama

Laman Utama | SekolahKu

Capaian Sukatan Pelajaran KPM

Guru-guru yang memerlukan rujukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran boleh mencapai di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru boleh memuat turunkan fail dalam format PDF untuk simpanan dalam USB thumb drive atau di cetak.


pautan dalam bentuk URL di bawah (jika perlu)

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?Itemid=66&option=com_wrapper

Program PERMATApintar

PERMATApintar merupakan Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS). Ia meliputi aktiviti pengayaan (enrichment) yang disediakan kepada pelajar pintar cerdas. Golongan pelajar mengikuti program ini ialah pelajar sekolah rendah (umur 9 hingga 12 tahun) dan pelajar sekolah menengah (13 hingga 15 tahun).

Dalam program ini, pelajar ini akan mempelajari sesuatu bidang secara mendalam dalam konteks persekitaran tempatan. Mereka diberi peluang untuk memilih dua topik dari tiga mata pelajaran iaitu:

  • Sains
  • Matemetik
  • Penulisan kreatif
Makluman: Ujian Saringan UKM 1 secara on line boleh dicapai dari laman web http://www.permatapintar.com.my

Klik pautan ini untuk ke laman PERMATApintar

EDUWEBTV - Digital Education For All

EDUWEBTV merupakan laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 7 jenis saluran yang disediakan iaitu;
  1. Berita
  2. Akademik
  3. Rencana
  4. Wawancara
  5. Kurikulum (TV Pendidikan)
  6. Interaktif
  7. Siaran Langsung
Untuk melayari laman EDUWEBTV klik di sini atau guna URL http://www.eduwebtv.com.

Labels:

Berita Online

Jadikan membaca budaya kita. Capaian berita dalam dan luar neagara boleh didapati dengan satu klik.
  1. Berita Harian
  2. Utusan Malaysia
  3. The Star
  4. The News Strait Times
Ikuti berita semasa secara percuma.

Labels:

Kamus dan Ensiklopedia

Untuk membantu guru dan murid membuat rujukan bahasa, terdapat beberapa capaian yang mempunyai perkhidmatan bahasa seperti
  1. Dewan Bahasa dan Pustaka
  2. Khidmat Nasibat Bahasa
  3. KaryaNet
  4. Wikipedia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (ensiklopedia bebas)
  5. The Free Dictionary
Klik capaian di atas untuk mencuba perkhidmatan yang disediakan.

Labels:

Pusat Akses Sekolah SKSI(3)

Penggunaan bilik Pusat Akses Sekolah telah dibuka untuk penggunaan kakitangan sekolah dan murid pada bulan Februari 2007.

Pusat Akses Sekolah mempunyai kemudahan

  1. Pencapaian internet melalui Projek SchoolNet melalui sambungan fiber optik ke Makmal Komputer Sekolah.
  2. Mencetak jenis laser dengan kemampuan untuk mengimbas gambar.
  3. Sistem multimedia yang menyeluruh.
  4. penyambungan rangkaian setempat di dalam makmal Pusat Akses Sekolah dan juga ke Makmal Komputer Sekolah.

Labels: